Wednesday, January 25, 2012

Senyumlah..=)


Ahlan wa sahlan..kenapa tajuk entry kali ni saya suruh diri saya dan sahabat2 senyum?sebabnya, sekarang saya tengah cuba nak menghabiskan buku motivasi bertajuk, Senyumlah, karya saudara Syed Alwi Alatas terbitan Galeri Ilmu. Yes, i have to finish it , and if i can, i want to re-read it again and again. buku ini sgt bagus sbb ia menfokuskan kuasa sesebuah tindak balas terhadap permasalahan hidup yg kita hadapi sehari-hari.

saya percaya semua org punya masalah. tetapi yg menjadikan sesuatu masalah yang sebenarnya kadang2 kecil menjadi besar adalah cara diri kita sendiri bertindakbalas terhadap masalah tersebut. mmg mudah hendak bercakap, walhal berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. apa yg cuba sy nyatakan di sini adalah nasihat buat diri sy sendiri yg kadang-kadang tidak dapat bertindak rasional terhadap sesuatu masalah yg dihadapi. kadang2 dek terlalu mengikut emosi, takde masalah dikatakannya satu masalah. yakin pada kekuatan sendiri, ubah kelemahan menjadi kekuatan, tingkatkan keimanan dan sentiasa berfikiran positif. then you will find out how to solve the problem, not keep asking why i have to face this problem. sebabnya bila kita tidak cuba belajar untuk bertindakbalas secara positif dan rasional terhadap sesuatu masalah, kita akan melihat setiap apa yg terjadi pada diri kita semuanya adalah masalah.


contohnya, bila kita masih menganggur, kita katakan satu masalah sbb belum ada kerja. boring tak tahu nak buat ape., byk sgt masa kosong. then bila kita dah bekerja, sibuk, kita akan kata tak cukup masa utk buat benda lain sbb terlalu sibuk dgn kerja lantas terdetik dlm hati, bestnya kalau tak kerja, byk masa boleh jaga anak 24 jam.


so sebenarnya kita sendiri harus melihat sesuatu yg ada pada kita sekarang adalah peluang dan bukan masalah. ia , contoh yg sy bagi mungkin nampak kecil. mcm mana dgn mereka yg diuji dgn ujian kematian insan tersayang?masalah kesihatan yg serius. bg sy di situ, tingkatkan keyakinan dan keimanan kita pada Allah utk menghadapi saat2 sukar itu.


sy kongsikan di sini bukan utk mengatakan yg sy seorang yg positif, yg pandai bertindak balas terhadap masalah. the real is, im the other side. so THIS is for me. sbb bila mana sy rasa resah, sy kena baca balik tulisan sy ini, dan mengingatkan diri betapa sy boleh sepositif ini untk berkata-kata spt ini. and tak salah rasanya sy cuba kongsikan pada mereka yg sdg membaca.
maaf kalau ada yg tidak setuju, tp itu kehendak masing2 utk bertindak balas. da...da...senyum =)

http://ilhamseorangmama.blogspot.com/2012/01/senyumlah.html

Optimis...2012


Friday, December 30, 2011

Selamat Datang 2012
Selalunya org buat azam baru.
Bagi aku setiap hari penuh dgn azam baru.
Setiap saat aku cuba berazam menjadi lebih baik.
Bukan hanya berazam baru pd awal tahun sahaja.

Azamku...
Setiap hari mesti lebih baik dari semalam.
Setiap minggu mesti lebih baik dr minggu sebelumnya.
Setiap bulan mesti lebih baik dr bulan sebelumnya.
Dan setiap tahun ini msti lebih baik dr tahun sebelumnya.

Aku sedar
tahun baru 2012 menanti dgn cabaran yg lebih sengit.
Persaingan semakin hebat.
Dugaan dan ujian yg lebih besar sedia menanti.
Bersediakah kita untuk menempuhnya?

Apapun aku sambut kedatangan
tahun baru 2012
dengan penuh harapan.
Dengan doa yg tidak pernah putus, demi kehidupan yg lebih
sejahtera dan bermakna
untuk kehidupan peribadiku bersama suami
Untuk kehidupan anak2ku
Untuk kehidupan ibu, mak mertua dan adik beradik serta seluruh keluarga tercinta
Juga untuk rakan2 seperjuangan di AT181
Juga tentunya kepada seluruh warga taipan di mana
jua mereka berada.
Juga kepada seluruh saudara seagama.

Aku mahu mengerjakan haji dan umrah lagi
Angkatlah aku dan suami serta anak2 menjadi tetamuMu yg paling istimewa.
Sebagaimana istimewanya Rasulullah SAW di sisiMu.
Itu cita2 yg tak pernah padam.
Walaupun sudah beberapa kali dipilih ke tanah suciMu.

Kembalikan ku kepadaMu dgn kembali dan kematian yg baik.
Mati dlm keadaan yg baik.
Kembali ku menghadapMu dalam redaMu,
reda suamiku dan reda ibu bapaku.
Itu doaku yg tak pernah terlepas setiap kali bersujud padaMu.

Moga aku terus diberi kekuatan untuk menaburkan kebaikan
dan memberikan manfaat kepada orang lain.
Hidup untuk memberi.
Harta dan kekayaan bukanlah matlamat hidup tetapi
memberi segala kebaikan adalah cita2 dalam hidup.
Dan ia pasti lebih bermakna andainya kita mempunyai harta
untuk disebarkongsikan dgn orang lain.
Insyaallah, yg ini aku letakkan harapan melalui
AT 181.

Selamat tinggal tahun 2011.
Ku lalui penuh syukur.
Ku harungi penuh reda.
Ku tempuhi penuh sabar.

Penuh warna warni.
Penuh dgn pelangi.
Penuh suka duka.
Penuh hitam putih.
Penuh dgn pahit manis.
Penuh dgn ranjau berduri.
Penuh dgn jatuh bangun.
Penuh dgn dugaan tak terjaangkau dek akal fikiranku yg terbatas
selama ini.
Penuh cabaran besar dan kecil.

Begitu kerdilnya diri ini.
Begitu terbatasnya ilmu pengetahuanku.
Aku tidak mengetahui, hanya Engkau jua yg mengetahuinya.
Aku tidak mengerti, hanya Engkau yg lebih memahami.
Fikiran ku terbatas, hanya pengetahuanMu yg lebih agung.
Engkau yg menyusunnya.
Engkau yg mengatur segalanya.
Engkau yg merencanakan semuanya.
Engkau yg maha merancang atas segalanya.

Cukup indah bagi yg memahami.
Cukupa manis bagi yg mengerti.
Segalanya penuh hikmah bagi yg berfikir.

"MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH
LAGI YG HENDAK KAMU DUSTAKAN"
[aR rAHMAN:13]


Tidak Engkau jadikan segalanya bukan sia2.
Aku bersyukur dgn segala nikmatmu
dan aku bersabar dgn segala ujianMu.

"DAN JIKA KAMU MENGHITUNG2 NUKMAT ALLAH,
NESCAYA KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENGHITUNGNYA
DAN MENGIRA JUMLAHNYA. SSUNGGUHNYA ALLAH
BENAR2 MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".
[AN-NAHL:18]

Kesabaran ketika diuji dengan kesusahan
menjadi suatu bahtera besar yg membolehkan aku bertahan
di tengah gelombang air mata dan tsunami kehidupan.
Ia menjadi aku lebih kuat mental dan jiwa.
Lebih pasrah di samping terus berusaha untuk menguatkan diriku.
Tidak gelabah malahan terus tersenyum.
Aku yakin, setiap cabaran akan berlalu pergi.
Apapun cabarannya, sekuat manapun gelombangnya,
ia pasti akan berlalu.

'DAN SUNGGUH AKAN KAMI BERIKAN UJIAN KEPADAMU,
DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA,
JIWA DAN BUAH2AN.
DAN BERKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORG2
YG SABAR. ORG2 YG APABILA
DITIMPA MUSIBAH, MEREKA MENGUCAPKAN,
'INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI'UUN.
MEREKA ITULAH YG MENDAPAT KEBERKATAN
YG SEMPURNA DAN RAHMAT DARI TUHAN MEREKA
DAN MEREKA ITULAH ORG2
YG MENDAPAT PETUNJUK".
[al-Baqarah: 155-157].

Bacalah buku
*Bila Allah Menduga Kita
Oleh Syed Alwi Alatas


*Jangan Bersedih
Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan
Oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

* Senyumlah
Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu
Oleh Syed Alwi Alatas


Insyaallah, aku lebih memahami erti kehidupan ketika dilanda
kesusahan dan keperitan hidup.
Itulah tanda Allah masih mengasihi diri ku.


Penuh optimis...
Tahun baru 2012 ku sambut dgn penuh harapan.
Ku sambut dgn penuh kesyukuran.
Apa lagi setiap kali sambutan Januari dan tahun baru,
ia bermakna bertambah lagi usia kematanganku.
Menginjak ke usia baru yg lebih mendewasakan.
Syukur Ya Allah.

http://faridahmohdali.blogspot.com/2011/12/optimis2012.html

Apapun masalah, senyumlah!

wonderful. peaceful. just by looking at them, we know how great they are. to strive. to live.

Bismillahirrahmanirrahim…

Dia termenung. Mata tak berkedip. Dahi cemberut empat belas. Tangan didepa seluas alam. Kaki disilangkan. Kepala dongak atas. Melihat awan petang bahagia. Pokok-pokok berayun riang. Semut-semut rajin menurut perintah.
Dalam kepala Allah je tahu apa yang dia fikir. Rasa nak jerit kuat-kuat bila fikir banyaknya benda yang dia kena galas, sorang-sorang. Tubir mata terasa hangat.

Tanpa teman untuk berbicara kencang.
Tanpa teman untuk pinjam bahu menitiskan airmata.
Tanpa teman untuk minta nasihat.
Tapi.

Dia tahu Allah dengar segala apa yang dia luah.
Dia tahu Allah nampak betapa dia sedang berusaha.
Dia tahu Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Manusia takkan sempurna kalau tidak ada masalah. Masalah itu ibarat proses pembentukan diri.
Dengan masalah kita bangkit.
Dengan masalah kita jadi kuat.
Dengan masalah kita tegar.
Dengan masalah kita reti berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan kaki orang lain.

Bak kata Lenka, “Trouble is a Friend”. Iya, masalah itu ibarat teman tak mesra tapi buat-buat mesra. Eh!

Bak kata Pak Alwi dalam bukunya “Senyumlah”, “apapun masalahmu ia pasti akan berlalu. Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul.”

Erk.
So, hadapi masalah dengan senyum. Senyum yang paling menawan dan paling manis. Senyum sampai telinga. Senyum lebar biar nampak berbaris gigi semua.

Dia jadi tersenyum. Dia tak pernah lekang dengan senyum. Walau begitu berat untuk beri senyum tapi dia masih tersenyum. Sebab dia tahu jika dengan senyum itu mampu menggembirakan orang lain, kenapa tidak dia memberi senyum. Agar dia juga turut rasa saham bahagianya.

Jadi, senyumlah!

Norsyahida Mohamad

http://norsyahidamohamad.blogspot.com/2012/01/apapun-masalah-senyumlah.html

Friday, January 13, 2012

Cabaran 50 buku: Senyumlah


AMAL : Cabaran 50 Buku (43) : Senyumlah

Tajuk Buku : Senyumlah
Penulis : syed Alwi Alatas
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 300

Ulasan

Buku ini dihadiahkan oleh kawan saya kepada saya. Saya hargai pemberiannya dengan membaca dan saya berjaya menghabiskan bacaan saya selama seminggu. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada buku ‘senyumlah’ ini. Buku ini saya kategorikan sebagai buku motivasi dan saya memang minat sangat membaca buku motivasi kerana ia dapat menaikkan semangat dan membantu saya meningkatkan diri ke arah yang lebih baik.

Buku terbitan Galeri Ilmu ini mengajar kita cara menghadapi masalah yang melanda dalam kehidupan dengan lebih matang dan bijak. Selain itu, penulis mengajar pembaca menganggap masalah sebagai batu loncatan dalam kehidupan bukan sebagai batu penghalang. Putus asa bukanlah cara penyelesaian yang bijak malah ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada sesiapa yang sahaja yang berputus asa. Keluh kesah terhadap masalah yang melanda sering muncul permasalahan-permasalahan kecil yang dihadapi sehari-hari. Jika keluh kesah dibiasakan dalam setiap masalah juga akan mengakibatkan keburukan. Jadi, biasakan menerima segala masalah dengan fikiran positif dan belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ingin mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul? Bacalah buku ‘Senyumlah’ ini, anda pasti menemui jawapannya.

Setiap masalah itu membantu kita untuk lebih matang dan maju kehadapan apabila kita bijak mengawal dan menghadapinya. Pandanglah setiap masalah itu sebagai keperluan kehidupan dan positiflah dengan setiap pandangan anda kerana anda akan bersemangat dan bergembira walau sebesar mana masalah yang menimpa anda.


Kulit Belakang Buku

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang dating, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

---
Nur Amalina

http://ulatbuku-06.blogspot.com/2011/12/amal-cabaran-50-buku-43-senyumlah.html