Wednesday, November 16, 2011

Mencegah Lebih Baik dari Mengubati

Petang tadi, semasa aku pergi ke pekan kelihatan segerombolan anak-anak muda yang umurnya lebih kurang 18 or 19. Tapi aku rasa umur mereka 18 tahun. Melihat kelibat mereka, membuat aku berfikir “Ruginya mereka. Muda-muda dah menghisap rokok”. Menghisap rokok ibarat suatu perlumbaan. Siapa yang lebih banyak hisap rokok dia lah yang menang. Benarkah begitu? Bukan nak mengatakan diri aku ni baik.

Tidak kira golongan, sudah menjadi kebiasaan menghisap rokok. Golongan professional tidak terkecuali. Adalah mengecewakan sekiranya, kita mengenali seseorang yang begitu tegas di kelas semasa mengajar kita ibarat seorang guru yang bagus tetapi bila di luar seorang penghisap rokok. Dikatakan dapat menghilangkan stress. Tapi aku rasa itu hanya adalah untuk jangka masa pendek. Ketika membaca buku “Senyumlah” by Syed Alwi Al Atas, ada bahagian berkaitan masalah yang diundang dan tidak diundang. Kalau dikaitkan dengan merokok, ia adalah masalah yang diundang. Kita selalu berharap agar Allah tidak memberi kita masalah. Sedangkan kitalah yang mengundang masalah kita sendiri.

Mengambil keputusan untuk satu jangka pendek bukan lah jalan yang terbaik. Mengambil keputusan dengan mengambil kira untuk jangka masa panjang itu adalah yang terbaik.



p/s: mencabar sungguh untuk kita mendidik anak kita pada generasi akan datang. Mereka sudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan stress. Allah itu ada untuk mendengar luahan kita :)

http://kemudipelayaran88.blogspot.com/2011/11/mencegah-lebih-baik-dari-mengubati.html

Wednesday, November 2, 2011

Surat dari pembaca - Lily


Assalamualaikum warahmatullah

Tuan





Saya telah membaca buku tuan bertajuk : Senyumlah. Mashallah - ianya benar-benar menginsafkan saya. BUku tersebut bukan sahaja membincangkan persoalan / makna masalah, ianya turut mengutarakan cara-cara yg. sesuai dan praktikal untuk tersenyum apabila menghadapi cubaan hidup. Sekarang saya mempunyai perspektif yang positif di dalam perkara-perkara yang perlu saya selelsaikan. Inshallah. Jazakallahu khairan tuan.





Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmu dan ilham untuk tuan supaya terus menyediakan buku-buku seperti ini di masa akan datang. Juga, semoga Allah permudahkan perjalanan tuan dalam pengajian PhD tuan.





Jazakallahu khairan kathiran





Lily

Kuala Lumpur