Saturday, October 20, 2012

lepaskanlah tali itu

satu topic dalam buku SENYUMLAH by Syed Alwi Alatas

tertarik pada tajuknye
"lepaskanlah tali itu"
kate penulis, andai genggaman pada tali tak mampu lagi bertahan
maka lepaskanlah
segala di dunia itu milik Allah
kita hanya punya hak guna pakai saje
selebihnya hak memiliki itu adalah kepunyaan Allah

ya Allah, aku hanya ingin menjadi seperti sebatang pensel yang bisa
menulis kebahagiaan untuk orang lain.

tapi jika tak diizinkan, izinkan aku jadi seperti pemadam lembut
yang bisa menghapuskan kesedihan orang lain.


moga setiap kesedihan yang dilalui akan digantikan dengan kemanisan suatu hari nanti.

lebatnya hujan petang ni.
sama lebat dengan hujan di hati seorang hamba Allah ni

hujan lebat adalah hujan rahmat.
mohonlah doa dari Allah pada ketika ini.
moga Allah makbulkan doa kite insyAllah.


pot pet2 by miss kasyah pada puk0l 6:15 PM

http://cweetcherry.blogspot.com/2012/04/lepaskanlah-tali-itu.html

study week, MUET & PSPM 3

Assalamualaikum,

Hai semua budak comel,

entry lepas aku dh siap wish kat semua good luck utk MUET dan final tp ada lagi entry plak hehehe walaupun dh niat nk stop kejap sampai la final. Nak buat mcm mn , bila ada idea tgn tu mcm laju jaa nk post something hehehe.

Bermula minggu lepas , kelas di bilik tutorial dh cancel sebab nk bagi laluan kt MUET tp kuliah still ada tp aku ni nakal sikit sebab ISnin tu aku skip kuliah BIO & Math...
ok aku pun manusia biasa yg ada niat x baik tp memandangkan kuliah bio tu lecturer aku cakap utk budak tutor dia jaa tp open dekat budak tutor lain so aku pun decide x mau p hehehe... kuliah math lepas kuliah bio so kami dh tunggu lama dekat dwn kuliah (area luar jerr hehehe) then kami pon decide x mau p jgk kelas tuhhh...hmmmm!!! nampak arkk bila KEMALASAN MULA MENGUASAI DIRI mcm2 idea keluar hehehe...

tp time tuhh laa ada pakcik jual buku kat area banquet so aku pon p la survey...
then tetiba nampak buku ni


aku dh baca separuh and its really good for those yg rasa masalah tuu merupakan satu punca dia x nak senyum... YUP!! aku terkejut bila one of my friends told me that i'm her strength..arrr i don;t know whether its look funny for some people but i take it seriously and really proud of it.. hahaha just wondering my smile can make her smile also hahhahaha.... xdak sapa pun pernah bagitau aku cmni sebelum nii.. hehehe..

sebenarnya senyuman kita ni membuatkan kita melupakan seketika masalah kita... buku ni banyak bagi input tambahan dekat aku yg ramai lagi dekat luar sana mempunyai masalah yg lagi besar dari aku tapi masih mampu tersenyum...

TAPI senyuman juga ada banyak jenis...

senyum kambing, senyum sinis, senyum hipokrit , senyum ORIGINAL ni aku tambah sendiri hehhehe...

maybe bila aku balik rumah nnt kot baru nk sambung baca...



then KHAMIS tuhh pusing2 lagi dekat banquet so niat nk beli majalah SOLUSI tp bila tgk buku ni aku dh jatuh hati hehehe.. aku cari lama dh buku niii





YUP!! ini kompilasi artikel-artikel BEDUK DIKETUK, oleh kolumnis & ketua editor SOLUSI, PAHROL MOHD JUOI
serius best sebab aku suka baca dia punya bahagian hehe...

and surprisingly i managed to finish the book in just one day...walaupun dh beli buku senyumlah karya Syed Alwi Alatas hari isnin tuhhh hheheheh..


aku tertarik dengan buku tuhh sebab cover dia menarik hehehe.. walaupun pepatah Inggeris berkata

DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER

...

Posted by mimiconan at Saturday, October 20, 2012

http://edogawamimi.blogspot.com/2012/10/study-week-muet-pspm-3.html

BuKu MoTiVaSi SeNyUmLaH DIGENGGAMANKU !

Siapa pernah baca buku ini ? kalau pernah , apa yang korang rasa setelah membaca buku ini .. ?

oh ! yaa .. sebelum tu nak crita sikit ... sebenarnya buku motivasi SENYUMLAH dah ada di genggaman Anis :) Alhamdullilah .. dengan adanya buku ini , anis dapat lupakan kesedihan & tinggatkan senyuman :)

kenapa Anis beli buku ini ?

- '' sebab , anis nak lupakan segala kesedihan yang sering anis lalui & tanggung , anis nak menjadi seorang yang tabah & sabar menghadapi ujian ALLAH S.W.T , ''

sebelum apa-apa , meh sini Anis nak kongsikan dia punya isi sikit-sikit ye .. malehh la nak cerita sampai abis .. sebabnya nanty , korang bosan pulak setiap masa anis update sherita tentang buku ni .. dan berabad la korang tunggu nak abis yee ..

Tajuk Buku : Senyumlah
Penulis : syed Alwi Alatas
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 300



Buku terbitan Galeri Ilmu ini mengajar kita cara menghadapi masalah yang melanda dalam kehidupan dengan lebih matang dan bijak. Selain itu, penulis mengajar pembaca menganggap masalah sebagai batu loncatan dalam kehidupan bukan sebagai batu penghalang. Putus asa bukanlah cara penyelesaian yang bijak malah ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada sesiapa yang sahaja yang berputus asa. Keluh kesah terhadap masalah yang melanda sering muncul permasalahan-permasalahan kecil yang dihadapi sehari-hari. Jika keluh kesah dibiasakan dalam setiap masalah juga akan mengakibatkan keburukan. Jadi, biasakan menerima segala masalah dengan fikiran positif dan belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ingin mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul? Bacalah buku ‘Senyumlah’ ini, anda pasti menemui jawapannya.


Setiap masalah itu membantu kita untuk lebih matang dan maju kehadapan apabila kita bijak mengawal dan menghadapinya. Pandanglah setiap masalah itu sebagai keperluan kehidupan dan positiflah dengan setiap pandangan anda kerana anda akan bersemangat dan bergembira walau sebesar mana masalah yang menimpa anda.

di belakang kulit buku ini , ditulisnya sebegini :

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang dating, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

Posted by Anis lolis at 05:06

http://anislolis.blogspot.com/2012/10/buku-motivasi-senyumlah-digenggamanku.html