Tuesday, October 18, 2011

Comments from readers

Rosniza Abdullah (Facebook):

actually membaca buku itu amat terkesan dengan kehidupan saya.semua manusia biasa pasti merasai kesedihan/masalah/musibah, bohonglah jika ada yang menafikannya. memang awalnya macam payah untuk senyum saat mendapat masalah/musibah/kesedihan tapi try try and try to smile, ternyata sangat manis..semasa saya ke halal fest baru-baru ni d pwtc saya ada interview sorg usahawan tentang salah satu product yang dikeluarkan untuk assigment paper saya. Di akhir perbincangan dia memberitahu saya,"enti ni sentiasa tersenyum, sedangkan enti ada sesuatu kesedihan yang dipendamkan betulkan?" saya tersentak..dlm hati..uish die membacakah..huhu..apa yang nk saya katakan di sini ialah saat kita melontarkan senyuman walau apa keadaan sekalipun saya rasa seolah masalah/kesdedihan/musibah yang menimpa itu sangat kecil. senyum itu seperti memberi aura dan cas-cas positif dalam diri saya. Thank you Allah...also thank you ustaz alwi atas buku berkenaan...sebelum-sebelum ini pernah senyum saat ada masalah tapi senyum seperti terpaksa, tapi Allah izin selepas membaca buku ini senyum kali ini lebih bermakna...Happy with Allah kerana Whatever Allah Does It Is For Our Best untuk baiki hati dan peribadi yang lebih baik. Kita memang tak boleh jadi yang terbaik tapi kita mampu jadi yang lebih baik. moga kita semua dalam redha Allah, amin.

Huzairiyah Hussin (Facebook):

dalam realiti, mmg sukar nak senyum, tapi perlu mencuba, tak rugi apa. pernah melalui saat sukar sehingga tak tahu apa perlu perbuat. Alhamdulillah, tuhan lorong saya ke seminar doktor azizan. diceritakan perihal senyuman, kenapa perlu senyum. usai seminar, rasanya sudah mengerti, tapi susah nak dipraktis. kemudian Allah jodohkan saya dengan buku ustaz, Bila Allah Menduga Kita, saya seperti diingatkan tentang konsep sabar dan redha. baru saya mengerti, kenapa susah nak senyum, rupa2nya hati masih bersarang penyesalan yang banyak. tiada kesabaran dan keredhaan. bila telah terbit keredhaan pada ujian Allah, maka senyuman itu terbit sendiri. dari akal, turun ke hati dan lahir pada senyuman. kemudian ditambah vitamin dengan buku Senyumlah, Alhamdulillah, saya lebih optimis bila berhadapan musibah. kadang2 terkucil juga, namun cuba kekal positive dan Alhamdulillah, hidup saya tak seperti dahulu yg penuh soalan dan pertanyaan pada tuhan "why me?"

No comments:

Post a Comment