Monday, June 13, 2011

Surat dari seorang pembaca buku 'Senyumlah'


assalamualaikum,

Tuan Syed Alwi ... saya memegang jawatan sebagai pegawai di salah sebuah jabatan
kerajaan. Saya pernah berasa kecewa dengan pemilihan kerja yg diterima sekarang
setelah mengetahui cabaran dan masalah yg perlu dihadapi hampir setiap hari.
Sehingga sy seringkali menyatakan ini kesilapan terbesar saya lakukan dalam hidup kerana memilih pekerjaan yg sering mencabar kesabaran saya.


Sebulan lepas, sy salah faham dengan kawan baik sendiri gara2 urusan kerja. Menyebabkan perhubungan kami terjejas dan tiada lagi kemesraan. Perhubungan kami menjadi lebih terhad kepada hubungan profesional atas dasar kerja semasa yg perlu dilaksanakan dengan lancar. Sy ingin berbincang dgnnya hati ke hati untuk meleraikan salah faham yg berlaku dan telah melakukan apa yg perlu termasuk minta maaf dengan keterlanjuran kata2 sy. Kesudahannya persahabatan kami sukar untuk diselamatkan kerana luka di hatinya masih berbekas.


Namun setelah saya membaca buku tuan yg baru dibeli pada 12 jun 2011 ternyata isi kandungan buku ini membawa saya kepada cara bagaimana utk mengatasi sesuatu masalah dan membiarkan masalah tersebut diputuskan oleh Allah setelah usaha2 dibuat.


Saat saya membaca buku ini ... membuatkan saya tersenyum sendirian, kadang2 ketawa sehingga kedengaran oleh ibu bapa saya yg berada di dapur, namun yg paling berbaloi buku ini membuatkan saya berfikir jauh ke depan dan tidak membiarkan seri hidup saya selepas ini berlalu begitu sahaja dengan memberatkan emosi yg tidak baik dalam hati selama mungkin atas sesuatu masalah yg sedang dihadapi.

saya harus belajar untuk "senyum" kerana setiap masalah ada pintu ke luar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yg ada serta tidak putus asa sekiranya sesuatu perancangan itu tidak memenuhi apa yg telah kita inginkan. sebaliknya selalu mempunyai hubungan yg baik dengan Allah. Kerana Dia lah yg Maha Mengetahui segala2nya.


Terima kasih kerana tuan menghasilkan buku yg sangat baik seperti ini. Berbaloi
dengan wang RM21 yg telah diberikan kepada cashier semasa saya membayarnya. Paling bagus jika buku sebaik ini dapat dihadiahkan kepada orang tersayang sebagai bacaan dan renungan.


fairus, ipoh perak.

No comments:

Post a Comment