Sunday, June 17, 2012

Senyumlah...apa pun masalahmu ia pasti berlalu


Ni adalah tajuk sebuah buku. Saya tengah baca buku ni sekarang...by Syed Alwi Alatas. Content buku ni menyedarkan saya beberapa perkara. Bukan selama ni tak tahu, tapi tak dihayati. After reading almost half of the book, saya betul-betul sedar yang semua perkara yang kita punyai, kita nikmati dan kita alami adalah milik mutlak Allah. Kita hanya memperolehi kemudahan untuk menggunakannya...jadi kalau satu hari nanti ia diambil semula oleh Allah, janganlah kita terlalu sedih hatta yang diambilNya adalah orang-orang yang kita sayang.

Ramai orang hilang arah dan menjadi tertekan kerana merasakan apa yang mereka miliki adalah hak milik mereka. Kalau kita sedar hakikat yang kita meminjam kepunyaan Allah dan kita bersabar atas kehilangan tersebut, kita tidak akan bersedih. Apatah lagi Allah telah berjanji yang setiap kesusahan hambanya akan diberikan ganjaran. Tiadalah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kerisauan, kesedihan, seksaan, gelisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosa-dosanya (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah)

Saya juga akhirnya tersedar yang sabar diatas sesuatu musibah, masalah atau kemarahan TIDAK bererti kita LEMAH. Ramai bos yang naik angin di pejabat bila staf bawahan gagal melaksanakan tugas seperti yang dikehendaki, ramai yang panas hati bila di keji, dihina dan ramai yang putus asa dan menyerah bila tiba-tiba rumah dirompak dan kita hilang hampir kesemua barang yang disayangi. Sabar sebenarnya menunjukkan yang kita kuat, tidak lesu, tidak lemah, bersemangat dan tidak menyerah. Apa akan jadi kalau kita dimaki dan kita memaki balik?pasti huru-hara jadinya...last2 kita ngan si polan tak bertegur sapa..dah putus silaturrahim. Cuba kita sabar dan bila keadaan reda, kita jawab balik segala tohmahan dia dengan penuh hikmah..Pasti kita akan menang jika kita dipihak yang benar. Sekalipun kita hilang segala harta benda, jika kita sabar..kita tidak akan hilang kewarasan fikiran dan dengan semangat yang ada, kita cari balik apa yang kita dah hilang disamping yakin bahawa pasti Allah akan menggantikan apa yang dah hilang dengan sesuatu yang lebih baik.Kalau kehilangan orang...mustahillah dapat dicari balik..tapi kalau kita sabar, Allah bagi kita ganjaran pahala...lagi best.

Buku ni dah hampir habis saya baca..ada sikit lagi. Harap-harap persepsi saya tentang 'kehilangan' dan 'sabar' akan berubah. Ramai yang cakap saya penyabar orangnya...namun itu mungkin sifat semulajadi saya. Sebelum ni saya tak tahu macam mana nak manipulasikan kesabaran saya...saya hanya sabar sebab saya memang sabar...hehehe. Sekarang saya tahu apa hikmah sabar dan apa yang patut dibuat dalam keadaan bersabar (sebab sebelum ni, hanya dok diam dan kata ..sabar je la aku..)Walau apapun, sabar itu ada caranya..sebaik-baiknya contohilah sifat sabar Rasulullah s.a.w. Berapa ramai orang-orang kafir yang memeluk Islam dek sifat sabar Baginda. Kekasih Allah diludah, dimaki, dihina, dicaci tetapi Baginda tetap sabar...apatah lagi kita yang banyak dosa ni...semoga sabar kita menjadi salah satu pintu kita mengumpul pahala...Amin.

http://murnitamahyudin.blogspot.com/2012/05/senyumlahapa-pun-masalahmu-ia-pasti.html

No comments:

Post a Comment