Wednesday, September 5, 2012

SENYUMLAH-Azida

SENYUMLAH
SYED ALWI ALATAS
GALERI ILMU SDN BHD


Ramai membenci masalah hidup. Masalah merupakan suatu keadaan yang memerlukan perhatian dan perlu dihadapi atau diselesaikan. Kadang-kadang ia merupakan sesuatu yang susah untuk dihadapi dan difahami. Banyak orang menjadi tertekan saat menghadapi permasalahan. Namun ia tetap hadir dalam kehidupan kita.

Emosi adalah kesan secara automatik yang muncul setiap kali manusia menghadapi masalah. Kadang-kadang emosi ini muncul sebelum kita sempat menyedarinya. Emosi perlu dikendali kerana boleh mempengaruhi kesihatan atau lebih buruk lagi boleh mendorong seseorang melakukan tindakan yang berbahaya pada diri sendiri. Setiap permasalahan hidup biasanya mengakibatnya munculnya emosi tertentu. Semua yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. Terima sahaja dengan senyuman dan cuba belajar sesuatu daripadanya.

Masalah adalah sesuatu yang bersifat relatif di mana tahap kesusahannya bergantung kepada persepsi dan pandangan seseorang terhadap masalah tersebut. Masalah juga bersifat subjektif di mana penilaian sesuatu masalah adalah dipengaruhi oleh cara bertindak balas, persepsi dan juga faktor kekuatan dalaman seseorang. Persepsi merupakan sebuah kapasiti unik yang haya dimiliki oleh manusia. Persepsi membuatkan seseorang melihat gelas yang separuh berisi air sebagai ‘setengah penuh’ atau ‘setengah kosong’; dan melihat telur separuh masak sebagai ‘setengah masak’ atau ‘setengah mentah’. Persepi merupakan elemen penting yang mempengaruhi penilaian seseorang terhadap ringan atau beratnya sesuatu masalah atau musibah.

Masalah hampir pasti akan mengubah hidup kita. Hanya sikap dan tindak balas yang berupaya memberi bentuk yang indah pada kehidupan itu.

Posted by Azida at 12:16 AM

http://jeeda-lovenpassion.blogspot.com/2012/08/senyumlah.html

No comments:

Post a Comment