Saturday, October 20, 2012

BuKu MoTiVaSi SeNyUmLaH DIGENGGAMANKU !

Siapa pernah baca buku ini ? kalau pernah , apa yang korang rasa setelah membaca buku ini .. ?

oh ! yaa .. sebelum tu nak crita sikit ... sebenarnya buku motivasi SENYUMLAH dah ada di genggaman Anis :) Alhamdullilah .. dengan adanya buku ini , anis dapat lupakan kesedihan & tinggatkan senyuman :)

kenapa Anis beli buku ini ?

- '' sebab , anis nak lupakan segala kesedihan yang sering anis lalui & tanggung , anis nak menjadi seorang yang tabah & sabar menghadapi ujian ALLAH S.W.T , ''

sebelum apa-apa , meh sini Anis nak kongsikan dia punya isi sikit-sikit ye .. malehh la nak cerita sampai abis .. sebabnya nanty , korang bosan pulak setiap masa anis update sherita tentang buku ni .. dan berabad la korang tunggu nak abis yee ..

Tajuk Buku : Senyumlah
Penulis : syed Alwi Alatas
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 300



Buku terbitan Galeri Ilmu ini mengajar kita cara menghadapi masalah yang melanda dalam kehidupan dengan lebih matang dan bijak. Selain itu, penulis mengajar pembaca menganggap masalah sebagai batu loncatan dalam kehidupan bukan sebagai batu penghalang. Putus asa bukanlah cara penyelesaian yang bijak malah ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada sesiapa yang sahaja yang berputus asa. Keluh kesah terhadap masalah yang melanda sering muncul permasalahan-permasalahan kecil yang dihadapi sehari-hari. Jika keluh kesah dibiasakan dalam setiap masalah juga akan mengakibatkan keburukan. Jadi, biasakan menerima segala masalah dengan fikiran positif dan belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ingin mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul? Bacalah buku ‘Senyumlah’ ini, anda pasti menemui jawapannya.


Setiap masalah itu membantu kita untuk lebih matang dan maju kehadapan apabila kita bijak mengawal dan menghadapinya. Pandanglah setiap masalah itu sebagai keperluan kehidupan dan positiflah dengan setiap pandangan anda kerana anda akan bersemangat dan bergembira walau sebesar mana masalah yang menimpa anda.

di belakang kulit buku ini , ditulisnya sebegini :

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang dating, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

Posted by Anis lolis at 05:06

http://anislolis.blogspot.com/2012/10/buku-motivasi-senyumlah-digenggamanku.html

No comments:

Post a Comment