Saturday, September 29, 2012

Cuba untuk senyum

Ada dua perkara yang perlu dibezakan:
1) Masalah
2) Tindak balas terhadap masalah

Semestinya yang pertama tersebut, kita tidak mampu mengubah mahupun menahan masalah daripada terjadi kerna itu memang sudah ditakdirkan. Misalnya kemalangan/kematiaan orang yang disayangi. Mana mungkin kita mampu menahan perkara itu dari terjadi kerana itu sudah ditentukanNya. Namun, perkara yang kedua yang lebih penting dan utama iaitu bagaimana kita bertindak balas dengan masalah tersebut. Yang pertama sememangnya di luar kawalan kita tetapi yang kedua kita mampu memilih dan mengawal tindak balas yang mana yang sepatutnya. Bertindak balas positif atau bertindak balas negative? Tindak balas ini merupakan tanggungjawab kita sepenuhnya samada untuk melayan masalah dengan kesedihan berlebihan, kemarahan dan sehingga membawa putus asa atau bersabar. Apa yang dikatakan bersabar ialah tidak mengeluh dengan kesusahan yang dihadapi dan dia akan bisa menahan diri dari kesediahan yang berlebihan, kemarahan dan dendam, rasa tidak puas hati sehingga membawa kepada sikap yang berputus asa. Sesungguhnya sabar itu lawan kepada sikap negative yang mempu mengurangkan tekanan dan beban dari pemasalah hidup dan meneutralkan keaadaan negative masalah.

~jadi sebenarnya, walau besar mana pemasalahan hidup kita, tanggungjawab kita untuk memandang ia sebagai sesuatu yang indah atau beban derita. Kita boleh memilih untuk bahagia kan? Tersenyumlah(^_^)
~kadang memang senang untuk berbicara tapi payahnya untuk melakukan. Tapi tak salah untuk cuba menjadi positif. Cuba menukar sudut pandang kita kepada pemasalahan.
~kita boleh memilih untuk hidup bahagia. maka, SENYUMLAH wahai diri (^_^)


*diinspirasikan dari buku 'Senyumlah' tulisan Syed Alwi Alatas.

by: ms. ck

http://wannursakinahdin.blogspot.com/2012/09/cuba-untuk-senyum.html

No comments:

Post a Comment