Wednesday, August 24, 2011

Senyumlah-Citratus


Senyumlah

By: Citratus


‘Senyumlah’ adalah hasil tulisan Syed Alwi Alatas (2011). Sebuah buku yang bagus. Bukan hanya dibaca oleh orang yang sedang menghadapi masalah sahaja, tetapi kepada yang mahu memahami konsep masalah yang wujud dalam hidup kita. Soal apa itu masalah atau musibah, kenapa kita ada masalah, dan bagaimana kita menghadapinya. Yang pasti bukanlah penyelesaian kepada masalah-masalah tertentu.

Adakalanya perbincangan sedikit teknikal, tetapi masih menerapkan unsur-unsur mudah difahami dengan ada diselitkan cerita-cerita semasa. Samada pengalaman si penulis sendiri atau kisah-kisah yang insan yang lain.

Secara umumnya, saya dapat merumuskan beberapa perkara pokok dari buku setebal 300 halaman ini.

Masalah atau musibah, bukanlah sesuatu yang terjadi begitu sahaja tanpa bersebab. Ia berlaku bersebab. Samada kita tahu atau tidak, bukanlah satu yang terutama. Yang paling penting bagaimana kita bertindak secara emosinya terhadap apa yang menimpa kita itu.

Saya tertarik apa yang dinyata oleh penulis di halaman 190 – 191; perihal sabar.

Sabar itu seperti mana diajar oleh Rasulullah SAW, dilakukan sejak hentakan yang pertama. Ertinya, sejak detik-detik pertama seseorang ditimpa masalah atau musibah, dia sudah harus bersabar, bukannya menunggu beberapa saat, apalagi sampai beberapa hari, baru kemudian mahu bersabar.

Hatta sabar itu jua disebut, disaat musibah datang, emosinya sama sahaja. Yakni sebelum datang musibah itu dan juga ketika dilanda musibah. Ya…saat itu. Hentakan pertama.

Apa yang berlaku, telah pun berlaku. Masalah tetap masalah. Tugas kita mencari jalan penyelesaian dan perlu diingat jalannya banyak. Tinggal lagi terpulanglah kepada diri sendiri.

Sebagaimana hidup itu perlu diteruskan, tangganilah setiap masalah yang hadir dengan emosi yang bersandar iman. Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh tajuk buku ini.

Akhirnya, ia buku yang baik untuk dibaca. Insya-Allah mampu mengubah persepsi kita terhadap masalah atau musibah.

http://citratus.blogspot.com/2011/07/senyumlah.html

No comments:

Post a Comment