Wednesday, August 24, 2011

Tentang buku Senyumlah

Tentang buku Senyumlah-AsNiza

okeh.. senyumlah, happy sokmo.. td sy sempat belek2 buku nukilan syed alwi alatas - tajuknya Senyumlah. Sebelum ini, buku karya beliau, "bila Allah menduga kita" berjaya menjadi buku best-seller. Alhamdulillah, terubat hati baca buku 'senyumlah' ni.. ada banyak kisah2 di dalamnya.. menarik..

salah satu kisah dlm tu, yg ingin saya kongsi.. tentang seorang anak perempuan yg dilahirkan tanpa deria sakit..

mula2 ibu bapa dia tak tahu anaknya ada penyakit 'pelik' ni.. hinggalah suatu hari.. anak kecil tu gatal mata dan menggosok mengorek matanya hingga berdarah - hingga menjadi buta.. ibubapa bawa jumpa doktor baru tahu yg anaknya ni tkde deria sakit.. pernah juga anaknya ni gigit jarinya sampai patah2.. akhirnya ibubapa membuat keputusan utk cabut semua giginya... ada seorang lagi anak yg ada penyakit yg sama... ibu bapanya juga terpaksa cabut semua giginya kerana dia pernah gigit lidah dan bibir bawahnya = gara2 dia tiada deria sakit..

oleh itu, pengajaran dari cerita pendek ini.. syukurlah bila kita merasa sakit.. sesungguhnya kita normal dan orang lain pun sama serupa kita, orang lain pun sakit juga... kalau kita tak pernah rasa sakit, kuranglah satu 'kenikmatan' dalam hidup kita nie..

=)

http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=36&t=20&start=500

No comments:

Post a Comment