Tuesday, October 18, 2011

Comments from readers

Rosniza Abdullah (Facebook):

actually membaca buku itu amat terkesan dengan kehidupan saya.semua manusia biasa pasti merasai kesedihan/masalah/musibah, bohonglah jika ada yang menafikannya. memang awalnya macam payah untuk senyum saat mendapat masalah/musibah/kesedihan tapi try try and try to smile, ternyata sangat manis..semasa saya ke halal fest baru-baru ni d pwtc saya ada interview sorg usahawan tentang salah satu product yang dikeluarkan untuk assigment paper saya. Di akhir perbincangan dia memberitahu saya,"enti ni sentiasa tersenyum, sedangkan enti ada sesuatu kesedihan yang dipendamkan betulkan?" saya tersentak..dlm hati..uish die membacakah..huhu..apa yang nk saya katakan di sini ialah saat kita melontarkan senyuman walau apa keadaan sekalipun saya rasa seolah masalah/kesdedihan/musibah yang menimpa itu sangat kecil. senyum itu seperti memberi aura dan cas-cas positif dalam diri saya. Thank you Allah...also thank you ustaz alwi atas buku berkenaan...sebelum-sebelum ini pernah senyum saat ada masalah tapi senyum seperti terpaksa, tapi Allah izin selepas membaca buku ini senyum kali ini lebih bermakna...Happy with Allah kerana Whatever Allah Does It Is For Our Best untuk baiki hati dan peribadi yang lebih baik. Kita memang tak boleh jadi yang terbaik tapi kita mampu jadi yang lebih baik. moga kita semua dalam redha Allah, amin.

Huzairiyah Hussin (Facebook):

dalam realiti, mmg sukar nak senyum, tapi perlu mencuba, tak rugi apa. pernah melalui saat sukar sehingga tak tahu apa perlu perbuat. Alhamdulillah, tuhan lorong saya ke seminar doktor azizan. diceritakan perihal senyuman, kenapa perlu senyum. usai seminar, rasanya sudah mengerti, tapi susah nak dipraktis. kemudian Allah jodohkan saya dengan buku ustaz, Bila Allah Menduga Kita, saya seperti diingatkan tentang konsep sabar dan redha. baru saya mengerti, kenapa susah nak senyum, rupa2nya hati masih bersarang penyesalan yang banyak. tiada kesabaran dan keredhaan. bila telah terbit keredhaan pada ujian Allah, maka senyuman itu terbit sendiri. dari akal, turun ke hati dan lahir pada senyuman. kemudian ditambah vitamin dengan buku Senyumlah, Alhamdulillah, saya lebih optimis bila berhadapan musibah. kadang2 terkucil juga, namun cuba kekal positive dan Alhamdulillah, hidup saya tak seperti dahulu yg penuh soalan dan pertanyaan pada tuhan "why me?"

Sunday, September 25, 2011

senyum sentiase!


senyum sentiase!
salam..

still ade 2 minggu lagi mase u malas2x kt umah.n farah boley lagik luang mase yg bnyk utk aktiviti tdo serentak+berirama+kuak lentang+kuak dada+serta gaya bebas yg len2x..hahaha

tp kehangatan nk msuk ostel da terasa da cz suma my frens da sibok sok sek sok sek kt fb sane tu...huh tolong la wei jgn la ari2x update status cmtu!...wa jd stress woo...huhu

lagi jd stress ttbe malam semalam ntah cmne xde angin xde ribut mmber cal tgh2x malam bute menyembang samapi abes cdt tp xperla ianya sesi luahan hati yg terluka sebenarnya.

sembang2x ttber terkeluar cerita dia.kwn farah ni da dpt kekuatan dia balik ni terus pandang ke depan.yerla pada farah yang berlalu sudah berlalu.xguna pandang kebelakang xkira mcmne pon ko tgk xkn ade ruang untuk ko betulkan salah silap ko kn?..jd pandangla ke depan fokus pade benda yg akan datang agar salah yg same xkn jd lagi dgn izin-Nya..kan kan kan?...xkan la nk bg pisang berbuah 2x kan?iyo idok?...

cmni r lbh kurang perbualan kitorang tu ......


dia : fa, ko tw x ak da kurus?


aku; iyerke?...bgosla weiii...bpe kilo ko trn?..


dia:5 kilo!..


aku:weyyyyyy...giler r ko.cne ley kurus cmtu ha?

dia:.ak x makan nc sgt.yerla byk pkir.;(


aku:dala wei.lupakan suma tu.kn kita da janji nk jd yg lebih baik?.


dia:2 cerita sedih aritu skrg ak da OK,,hahaha..

aku:ko ni cm sewel ea?..


dia:ak bace buku motivasi abes bace terus dpt kekuatan.baru aku sedar n dpt pkir cne nk resolve prob ak.


aku:wahh buku.buku ape?ak pantang dgr de buku bgos..cu citer cu cite.

dia:ko beli buku syed alwi alatas.SENYUMLA,apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu.


aku:ok ak beli sok..hehe

dia:beli beli tott***************cdt abeh..hehe

sok ak g la cri buku tu kt bookstore n cube teka?its out of stock..terus angin satu badan wey..xper saba jp balik kl ak cri kt klcc tu.ape ntah?..kinokuneya?... pape jerla.ak luper 'spelling' dia.

tp sat2x ak bce preview book' dia kt fb n my 1st impression is buku nie mmg bagus untun org2x yang suda+sedang dalam kekecewaan+masalah+delemma.dan jugak korang ley belikan n hadiahkan kepada mak ayah+kakak abang+adik+suami+isteri+gf+bf atw melawat org sakit sbg buah tangan.insyaAllah ini hadiah yang terbaik!..


PLS: cepat2x carik kt kedai buku keyh..berbaloii ni.lgpon buku cm pisang goreng panas..hot!

http://kelopakbungabicara.blogspot.com/2011/07/senyum-sentiase.html

Thursday, August 25, 2011

Attention!!


Attention!! – Atikah Tarmizi

"Apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu"

Saya berbesar hati ingin mem'promote' buku hasil karangan Syed Alwi Alatas yang bertajuk "Senyumlah"

Secara kasarnya, buku ini boleh membuatkan anda tersenyum bila membacanya. hehehe.. yup! ia mengajar kita untuk tersenyum bila menghadapi masalah-masalah hidup. Juga menyediakan cara-cara yang terbaik on how to deal effectively with our problems. JUGA, banyak kata-kata spiritual yang bisa membangkitkan semangat kita bila berhadapan dengan masalah hidup.

Jadi, kepada sesiapa yang hidupnya sentiasa bermasalah seperti saya, saya WAJIBkan anda untuk membeli buku ini. WAJIB ok..!

Antara point yang berjaya menyentuh kalbu:

"Kehilangan dan musibah tidak seharusnya menjadi alasan untuk gagal. Bahkan sebahagian kelemahan atau kehilangan yang kita alami mungkin dapat memberi kekuatan dan memberi peluang kemenangan bagi kita"

"Ujian itu datang untuk mengangkat darjat manusia dan untuk mangangkat sifat terbaik yang terpendam pada diri sesorang dan untuk membersihkan kotoran-kotoran yang ada di dalam diri atau di tengah masyarakat"

dan...

sila baca sendiri...


----------------------------------------------------------------------

1) Jangan tak beli ok!

2) Book particulars: Syed Alwi Alatas, terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. harga RM21.00. Cuba cari kat kedai2 buku. mesti ada.

3) Kalau tak jumpa, boleh lah PM saya kat email yg ada kat tepi ni :D (wahh! tak pernah aku excited sebegini rupa).

4) Actually, bab 1 pn aku xabih baca lg, tp dah semangat nk promote. Ini nak menunjukkan betapa 'kena'nya buku ini dengan apa yang aku alami sekarang. Ia dtg tepat masa dan ketika aku mengahdapi masalah. Alhamdulillah..semuanya dgn izin Allah.

5) Kalau penulis ni tau aku promote buku dia, mesti dia terharu. hehehe..

ok. wassalamualaikum.


beli tau! :)


http://atikahtarmizi.blogspot.com/2011/06/attention.html

Wednesday, August 24, 2011

Berprasangka baiklah kepada Tuhan

Berprasangka baiklah kepada Tuhan - Siti Amienaa

Assalamualaikum

Jujur sekali sekarang aku tengah gaduh dengan seseorang yang boleh lah dikatakan sebagai BFF. Pergaduhan ni bagaikan penghujunglah kepada persahabatan murni kami sebab setiap kali aku minta maaf dia x jawab apa pun.Dan. dan. dan. aku pun dengan ini mengisytiharkan 'BERPUTUS ASA'. kadang-kadang apabila sesuatu masalah tak da penyelesaianya maka latihlah diri untuk berputus asa.

memikirkan aku yang mungkin mempunyai kawalan emosi tahap 0 maka aku pun mencarilah terapi-terapi aku of course ni antara terapi-terapi yg masuk dalam list aku:
1. Dibah merangkap rumate aku yg rasanya otak dia da mampat dengan perkongsian masalahku
2. ni la. Blog.
3. rakan-rakan yang lain? sorry bukan aku tak percaya tapi mungkin keadaannya sudah x sesuai.

Dalam usaha aku menerapikan emosi dan aku pun tanpa disedari telah menjangkau kaki ke POPULAR. dan aku ternampak sebuah buku ni tajuk dia 'SENYUMLAH' karya Syed Alwi Alatas. buku ni memotivasikan disamping dalam masa yang sama memantapkan iman kita. why? sebab ni contoh-contohnya

dalam salah satu halaman dalam buku ni mengatakan tentang sifat manusia yang suka berburuk sangka dengan Allah. terkejut? jangan sebab kebanyakannya kita sendiri yang melakukan semua. apabila timbul masalah, kita akan kata ' kenapa aku, dan bukannya dia' kenapa masalah ni tiba waktu ni dan bukannya waktu free dan kalau bla bla bla. ni la contoh jelas kita berburuk sangka dengan Allah walhal di facebook selalu ja share kata-kata (Allah x akan hlangkan matahari, dengan mnurunkan hujan melainkan untuk melihatkan betapa indahnya sang pelangi).

tahu tak apa pun yang berlaku dalam hidup kita masalah sekecil atau sebesar mana pun semuanya telah Allah tetapkan kepada kita. Why menyusahkan hambanya? sebab kita memerlukan motivasi yang tinggi. manusia ialah creature yg pelik dan lemah. sebab tu ada fakta yang kata baby manusia adalah baby yang paling lemah. semakin banyak masalah yang kita lalui tanpa sedar sebenarnya kita semakin dewasa. dewasa dengan kehidupan.

apabila masalah besar berlaku kepada kita berusahalah dengan sebaik mungkin dan andai kata tidak ada penyelesaiannya maka berhentilah dan jangan pedulikannya. kekadang ada perkara yang memang diluar kawalan kita contohnya jelas sekali pergaduhan aku dan seorang teman ni. aku da minta maaf tapi semuanya tak akan berakhir selagi sahabat itu opsss x ble da guna sahabat, memaafkan..

mengakhiri kata: hilang kawan tak pa, jangan hilang Allah

http://burungpipitbelajarterbang.blogspot.com/2011/07/berprasangka-baiklah-kepada-tuhan.html

Rasa Memiliki

Rasa Memiliki-Siti Nurain

semakin besar rase kemilikan seseorang, maka semakin besar juga kesedihan dan keputus asaannya saat dia kehilangan sesuatu . keranaya, kita perlu menyederhanakan rasa kemilikan dan rasa cinta pada hal-hal yang kita miliki, bukan menghilangkannya, tetapi menyederhanakannya dan menghindarkannya drpd sifat berlebihan. sehingga saat kita kehilangannya, kita tidak akan berasa terlalu sakit . kini, perhatikanlah benda2 yg kita miliki: pakaian, kenderaan, rumah dan sebagainya. kuatkan jiwa kita agar berasa sedia jika sewaktu harus berpisah dgn semua itu .


"we had anticipated the hardships after of the night before their coming " " so when they descended, there was no addition to our knowledge "

-SENYUMLAH, Apa pun masalahmu, ia pasti akan berlalu SYED ALWI AL ATAS.

http://aieenchumey.blogspot.com/2011/07/rasa-memiliki.html

Bengkel Penulisan Ust. Zakaria Sungib

Ulasan Peserta Bengkel Saya-Ust. Zakaria Sungib

Tiga minggu berturut-turut yang lalu saya mengendalikan bengkel penulisan. Pertama, bengkel asas penulisan novel remaja Islami, yang kedua, bengkel asas penulisan berkesan (untuk 35 orang guru sebuah rangkaian sekolah-sekolah Islam seluruh Malaysia) dan yang terakhir, bengkel asas penulisan buku motivasi Islami. Di bawah ini adalah ulasan seorang peserta bengkel yang terakhir:

"Saya memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana telah memberi dorongan untuk mengikuti Bengkel Penulisan tempoh hari. Memang telah lama berhasrat untuk menulis, tetapi kekangan masa telah membuatkan saya mengabaikan niat murni itu.

"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan modul pengisian bengkel. Ini merupakan bengkel penulisan pertama buat saya. Jadi, saya benar-benar bernekad untuk mengambil manafaat dan tidak mahu terus menunggu untuk menterjemahkan hasrat menulis buku.

"Kerja rumah yang di beri memang mencabar kerana tempoh masa yang pendek. Namun, dengan sedikit tekanan ini, saya yakin peserta bengkel boleh mengaplikasikan fahaman tentang halangan seorang penulis yang dibentangkan di dalam bengkel.

"Pengalaman yang dikongsi penulis 'Senyumlah' (buku motivasi Islami terbitan GISB tulisan Syed Alwi Alatas - Zakaria) telah dapat menyuntik semangat untuk menulis. Kalau dia boleh, kenapa tidak saya? Kerja berkumpulan untuk merangka buku sangat berguna. Itulah cara yang saya telah gunakan untuk merangka proposal. Jumlah yuran yang di kenakan berpatutan, jauh lebih murah dari ilmu yang di bawa pulang.

"Tahniah pada Galeri Ilmu yang tidak pernah kenal penat lelah dalam usaha untuk mertabatkan budaya ilmu. Hanya Allah yang mampu membalas usaha kalian."

Peserta ini, dan dua peserta lain, telah menghantar 'kerja rumah' mereka kepada saya iaitu proposal buku motivasi Islami masing-masing. Manakala dua peserta yang lain sudah menghubungi saya, membayangkan cadangan buku mereka yang belum sempat mereka turunkan di atas kertas. Dan saya yakin, beberapa orang peserta lagi akan berbuat demikian dalam waktu terdekat ini.

Apa yang dapat saya katakan, kesemua proposal buku yang saya terima setakat ini mempunyai kekuatan tersendiri dan ada potensi untuk diterbitkan.


http://zakaria-sungib.blogspot.com/2011/07/ulasan-peserta-bengkel-saya.html

Tentang buku Senyumlah

Tentang buku Senyumlah-AsNiza

okeh.. senyumlah, happy sokmo.. td sy sempat belek2 buku nukilan syed alwi alatas - tajuknya Senyumlah. Sebelum ini, buku karya beliau, "bila Allah menduga kita" berjaya menjadi buku best-seller. Alhamdulillah, terubat hati baca buku 'senyumlah' ni.. ada banyak kisah2 di dalamnya.. menarik..

salah satu kisah dlm tu, yg ingin saya kongsi.. tentang seorang anak perempuan yg dilahirkan tanpa deria sakit..

mula2 ibu bapa dia tak tahu anaknya ada penyakit 'pelik' ni.. hinggalah suatu hari.. anak kecil tu gatal mata dan menggosok mengorek matanya hingga berdarah - hingga menjadi buta.. ibubapa bawa jumpa doktor baru tahu yg anaknya ni tkde deria sakit.. pernah juga anaknya ni gigit jarinya sampai patah2.. akhirnya ibubapa membuat keputusan utk cabut semua giginya... ada seorang lagi anak yg ada penyakit yg sama... ibu bapanya juga terpaksa cabut semua giginya kerana dia pernah gigit lidah dan bibir bawahnya = gara2 dia tiada deria sakit..

oleh itu, pengajaran dari cerita pendek ini.. syukurlah bila kita merasa sakit.. sesungguhnya kita normal dan orang lain pun sama serupa kita, orang lain pun sakit juga... kalau kita tak pernah rasa sakit, kuranglah satu 'kenikmatan' dalam hidup kita nie..

=)

http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=36&t=20&start=500