Wednesday, September 5, 2012

Carilah Senyuman Agar Kesusahan Menghilang

Senyumlah agar kesusahan pergi meninggalkan kita, atau dampingilah orang yang banyak tersenyum, kerana senyuman dan kebahagiaan itu boleh menular.

Sebuah kajian menyebutkan bahawa senyuman itu boleh menular kepada orang lain. Sewaktu melihat orang di sekitar kita tersenyum, maka otot-otot/saraf-saraf pada wajah dan sekitar bibir kita akan turut memberikan respons terhadap senyuman juga.

Sewaktu melihat senyuman di wajah orang lain, kita akan menangkap kebahagiaan yang ada pada mereka. Senyuman dan kebahagiaan itu boleh mendorong kita untuk berasa lebih bahagia, atau setidak-tidaknya ia akan menghilangkan sebahagian daripada perasaan susah yang ada dalam diri kita.
[Syed Alwi Alatas, 2012:133]

Posted by ~nik syateer~ at 10:13

http://syateergroups.blogspot.com/2012/07/carilah-senyuman-agar-kesusahan.html

No comments:

Post a Comment