Wednesday, September 5, 2012

Sayonara

Salam 1 Malaysia...

*Ewahhh!!Semangat kenegaraan giteww...~ Eh!!Harussslaaaaaa.....~**
Baiklah, setelah sekian lama menyepikan diri dan menyawangkan lagi laman sesawang ini maka barulah aku punyai masa untuk menyinggah sebentar. Al-maklumlah kehidupan seorang pelajar agak sibuk juga. Bukan orang yang bekerjaya sahaja okeyyy~

Anyway, this is my last semester as a university student. Yayyyy!!!! I will done all my student life and start a new life as a carrier women..!!*ouuchhh~ perasan dah besar sangat pulak!!
But, at the same time its a time to say Sayonara to all my friends and my lovely life there. It will be a best memory for me. Even a lot of pain inside but I’m still felt it was the best.

Teman-teman seperjuangan yang senantiasa ada dikala sukar, duka, manis, dan bahagia. Aku memang tidak punyai ramai rakan. Kerna mungkin aku yang terlalu berhati-hati dan sukar mempercayai insan lain dimuka bumi ini. Pengalaman lampau banyak mengajar aku tentang erti kepercayaan dan kejujuran. Pada pandangan aku, bilangan rakan-rakan yang kita miliki bukanlah ukuran. Tetapi yang lebih penting adalah kualiti rakan-rakan yang akan berada disamping kita.

Rakan-rakan:
Adakah sekadar tempat melepas rasa kesunyian?
Adakah sekadar pelampias kedesakan?
Atau adakah sekadar mempergunakan?

Nilai sendiri dimana nilai kita sebagai rakan pada rakan kita.
Rakan-rakan yang aku miliki bukanlah sekadar untuk aku lepaskan rasa, mahupun sekadar mengisi kekosongan. Cuma kadangkala aku akan rasa terpinggir tatkala masing-masing punyai teman istimewa dan rakan lain yang mungkin lebih memahami isi hati dan kehendak mereka.
Sungguhpun begitu aku masih rasa bersyukur dan sayangkan rakan-rakan disekeliling aku. Aku amat menghargai kehadiran mereka sungguhpun aku tak tahu adakah aku berharga disamping mereka.

Kita takkan mampu untuk memuaskan hati tiap orang yang kita kenali dan sayangi. Namun, aku lakukan sehabis baik dan semampu aku untuk menghargai kehadiran mereka. Mungkin ada yang berfikir aku seolah-olah tamak dengan kasih sayang. Mungkin jua benar, namun kita takkan pernah terfikir bagaimana andai kasih sayang yang amat bernilai dari hidup kita ditarik balik. Dan kita sendiri takkan tahu apakah yang akan kita lakukan kelak.

Adakah sikap kita akan berubah?
Adakah perasaan dalaman kita akan mengubah?
Dan adakah kita akan menjadi lebih sensitif atau hilang perasaan?

Setiap orang didunia ini dilahirkan dengan jalan cerita dan nasib yang berbeda. Mungkin kita lupa tentang perkara sebegitu. Sungguhpun begitu, terpulang pada kekuatan, ketabahan, dan kecekalan individu itu dalam menyusuri liku dan onak laluannya. Memang hidup ini takkan seindah yang kita impikan. Namun, kita harus berusaha untuk mengindahkan sendiri kehidupan ini.

Sahabat ku pernah menghadiahkan sebuah buku yang sangat berharga dan bermakna untuk aku jadikan motivasi diri.

Buku yang bertajuk “Senyumlah” karya Syed Alwi Al-Atas. Senyuman penawar segala kedukaan dan penawar kesakitan hati. Apa jua yang berlaku, senyumlah walaupun ianya pahit untuk kita telan. Senyumlah walau kita disakiti, walau kita dikhianati, walau kita dizalimi.

Kerna Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Dugaan yang Dia berikan adalah sebagai ukuran keimanan kita terhadapNya. Percaya dan beriman dengan balasan dan janji Allah. Setiap yang berlaku itu karma. Andai hari ini kita disakiti, dikhianati, ditinggalkan, ditipu atau sebagainya pasti suatu hari nanti akan ada ganjaran buat kita.

Janganlah kita mengeluh atau menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku.
Kerna itu, aku senantiasa tersenyum walau apa yang berlaku.
Walau rakan-rakan melupakan aku.
Walau begitu banyak dugaan dan cabaran yang aku terima.
Kerna aku hanya punyai senyuman sebagai penawar. Sungguh senyuman ku tak semanis wanita tercantik didunia, namun senyuman ku ikhlas seindah kesempunaan ciptaan Ilahi.

http://grayshienda.blogspot.com/?zx=d60c4b215d5c7f5a

No comments:

Post a Comment